4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya
14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda
mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata
kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Persatuan.
5. Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan:-
a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada
satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah
dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf minit
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan
seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 9 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan
hendaklah dipilih tiga tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-
Pengerusi,
Timbalan Pengerusi,
Enam Naib Pengerusi,
Setiausaha
Penolong Setiausaha,
Bendahari,
Penolong Bendahari
Pegawai Kebajikan .
Penolong Pegawai Kebajikan,
Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan
Penolong Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan
Pegawai Belia
Penolong Pegawai Belia,
Pegawai Wanita
Penolong Pegawai Wanita,
13 Ahli Jawatankuasa Biasa
2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiga
tahun sekaliuntuk tiga penggal sahaja.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi
keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan
berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung
Tahunan.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga
bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-
ahli tujuh hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang
daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa
dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran
surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai
telah diterima:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa
mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan
itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
8. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga
pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-
pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan
kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau
melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam
pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa,
atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan
Persatuan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia
mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan
mesyuarat bila telah diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
3. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Timbalan Pengerusi semasa
ketiadaannya.
4. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut
undang-undang dan hendaklah ia jalankan perintah mesyuarat agung dan
Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku
kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli mengikut
kategori ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir,
nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan
Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.
5. Penolong Setiausaha akan menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan
Setiausaha.
6. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan . Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
7. Penolong Bendahari akan menjalankan tugas Bendahari semasa ketiadaan
Bendahari .
8. Pegawai Kebajikan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perhubung
kebajikan ahli termasuk untuk urusan bantuan dan pertolongan waktu
kecemasaan ahli.
9. Penolong Pegawai kebajikan akan menjalankan semua tugas pegawai
kebajikan semasa ketiadaan Pegawai kebajikan.
10. Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan bertanggungjawab untuk menalankan
tugas bagi mengadakan dan mengurus aktiviti kebudayaan dan keperluan
dalam hal pendidkan termasuk keperluan biasiswa dan pinjaman untuk
melanjutkan pelajaran ahli .
11. Penolong Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan akan menjalankan semua
tugas Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan semasa ketiadaan Pegawai
Kebudayaan dan Pendidikan .
12. Pegawai Belia bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengadakan aktiviti
untuk ahli belia persatuan ini.
13. Penolong Pegawai Belia akan menjalankan semua tugas semasa ketiadaan
Pegawai Belia.
14. Pegawai Wanita bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengadakan
aktiviti untuk ahli wanita persatuan ini.
15. Penolong Pegawai Wanita akan menjalankan semua tugas semasa ketiadaan
Pegawai Wanita.
16. Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas
yang diarahkan olehnya.
FASAL 11 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang
Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Persatuan , termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,
biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah memeriksa akaun. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh
digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
Mahkamah.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1000.00
(Satu Ribu Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa
ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa
melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani
cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit
Malaysia) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan
terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM
50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysai) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit
Malaysia bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama
Setiausaha dan Bendahari.
5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera
setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira- kira yang telah diaudit itu
hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat
urusan Persatuan .
6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada
31hb. Disember tiap-tiap tahun.
7. Persatuan boleh menerima sumbangan dan barangan dari ahli atau orang ramai
bagi menjana aktiviti sosial persatuan dengan mendapat kelulusan daripada
Pendaftar Pertubuhan Malaysia terlebih dahulu.
FASAL 12 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan
selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan
membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit akaun
Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 13 PENTADBIR HARTA
1. Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala
surat cara yang berkaitan dengan harta Persatuan itu hendaklah isempurnakan
oleh tiga orang pemegang jawatan persatuan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan
oleh satu perakuan daripada Pendaftar dan menterikan dengan menteri
Persatuan.
2. Pegawai Tadbir Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar milik
harta kepunyaan Persatuan tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Persatuan .
3. Sekiranya seseorang Pegawai Tadbir Harta itu tidak lagi memegang jawatan
dalam Persatuan seperti Fasal 13(1), maka kuasanya dengan sendirinya
terlucut. Jawatankuasa berkuasa melantik ahli yang lain bagi mengisi
4. kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang
ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap
ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.
FASAL 16 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Jadual 1 dan 2, Akta
Rumah Perjudian Terbuka, 1953 tidak boleh dimainkan di premis Persatuan .
2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta
Kesatuan Sekerja, 1959;
3.“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan
1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-
undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari
tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan
hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18 PEMBUBARAN
1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak
kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam
suatu Mesyuarat Agung dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu